Logo Sekolah

LOGO SEKOLAH SMK DATO’ HJ. HUSSEIN

Dicipta pada tahun 1987, Logo ini telah dipersetujui oleh sebuah jawatankuasa khas yang telah dilantik.

 

Warna

Merah – Melambangkan sifat keberanian pelajar serta semangat tabah untuk menghadapi segala cabaran dan perubahan.

Biru – Ia melambangkan integrasi dan perpaduan kaum ke arah mencapai wawasan negara. Warna biru juga memperlihatkan keharmonian pelajar sekolah.

Kuning – Melambangkan sifat seorang pelajar yang berpotensi, maju dan mulia akhlaknya.

 

Ikon

Bunga Padi dan Bintang – melambangkan kesetiaan warga sekolah kepada pemerintahan di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan perak.

Lima Bulatan – melambangkan perkembangan potensi pelajar yang mencakupi intelek, emosi, akhlak, rohani dan jasmani.

Pena dan Buku – melambangkan kepentindan ilmu pengetahun yang perlu digunakan oleh pelajar dalam kehidupan seharian.